Wednesday, April 29, 2015

HADIS KE 9

Hadis 9

وَعَنْ رَجُلٍ صَحِبَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَغْتَسِلَ الْمَرْأَةُ بِفَضْلِ الرَّجُلِ أَوْ الرَّجُلُ بِفَضْلِ الْمَرْأَةِ وَلْيَغْتَرِفَا جَمِيعًا أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالنَّسَائِيُّ وَإِسْنَادُهُ صَحِيحٌ

Dan dari seorang laki-laki yang bersahabat dengan Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam berkata:

Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam melarang perempuan mandi dari lebihan sisa air lelaki atau lelaki dari lebihan sisa air perempuan, dan manakala (boleh pula jika) keduanya mengambil air bersama-sama. 

Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Nasa'i, dan isnad nya sohih.

sila teliti matan arab dan baca.

Penerangan darjat hadis:

hadis ini sohih. walaupun tidak di kenali siapa nama sahabat Nabi pada hadis ini tetapi tetap di anggap sohih hadis ini mengikut ahlil hadis antaranya imam Ahmad,ibn hajar dan lain2 lagi di kalangan ahlil hadis.

Alasan mereka kerana jika sohih rantaian sanad sampai kepada tabien yang tsiqah(boleh dipercayai) lalu tabien itu berkata "ada seorang di kalangan sahabat Nabi berkata..",maka sanad itu di anggap sohih.sbb itu lah juga ibn hajar berkata isnad nya sohih.iaitu tiada masalah dalam rantaian sanad rowi kerana rawi2 nya adalah tsiqah.
hanya sahaja hadis ini ada masalah dalam text hadisnya seolah berlawanan dgn hadis yg lebih sohih.

Penerangan lafaz.


1-Air lebihan sisa ini adalah sisa air di dalam bekas air setelah ia di guna.bukan sisa yg menitis dari tubuh semasa membasuh anggota ketika bersuci.

2- lafaz وَلْيَغْتَرِفَا bermaksud saling mencedok air.iaitu mandi bersama lelaki dgn perempuan.

3- Manakala maksud perintah agar lelaki dengan perempuan yg mencedok bersama hanya pada yang ada hubungan suami isteri.

Penjelasan hukum.

1- Hadis ini seolah bermaksud menghukum haram atau tak sah bersuci dengan air lebihan sisa dari berlawanan jantina. yang benarnya tidak haram dan sah bersuci,dengan berdalilkan hadis selepas ini.
jadi apakah hukumnya?

Jawapannya: 

a) larangan di sini hanya untuk elak dari berlaku percampuran bilik mandi awam atau tandas awam antara jantina lain.Hikmahnya agar dapat elak fitnah dan penyumbang ke arah maksiat.

b) Mengelak terbangkit perasaan nafsu syahwat yg mungkin berlaku jika bercampur jantina di bilik air atau tandas.
Seperti hukum lelaki pakai baju atau selipar perempuan lain yang tiada hubungan satu sama lain.maka begitu juga percampuran penggunaan bekas air yang kadangkala boleh membangkitkan perasaan nafsu oleh orang2 tertentu.
Ini antara jawapan dari syeikhul hadis tempat ana belajar dulu.

2- Suami isteri molek mandi bersama agar bertambah kasih sayang dan perbuatan ini juga berupa tuntunan dari sunnah Nabi SAW.(lihat hadis lepas ni)

habis di sini.
soalan di buka

______________________________________________________________________________

Hadis 10

وَعَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَغْتَسِلُ بِفَضْلِ مَيْمُونَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ

Dari Ibnu Abbas r.a: Bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam pernah mandi dari air lebihan sisa Maimunah r.a. Diriwayatkan oleh Imam Muslim.

Penerangan.

Ini dalil perbincangan mandi antara suami isteri tadi.bahkan di dalam sohih albukhari dan muslim menyebut yg bermaksud "sungguhnya Nabi SAW dan Maimunah mereka berdua mandi bersama dgn air dlm bekas besen.

2-Ini dalil yg jelas boleh lelaki mandi dgn air lebihan sisa perempuan dan begitu juga perempuan dgn air lebihan sisa lelaki.

Penerangan lain hukum hadis ini sama hukum dengan hadis sebelumnya.


________________________________________________________________________________

Hadis akhir malam ni.

Hadis 11

وَلِأَصْحَابِ السُّنَنِ : اغْتَسَلَ بَعْضُ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي جَفْنَةٍ فَجَاءَ يَغْتَسِلُ مِنْهَا فَقَالَتْ : إنِّي كُنْت جُنُبًا فَقَالَ : إنَّ الْمَاءَ لَا يَجْنُبُ وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ خُزَيْمَةَ

dan di riwayat oleh ashab kitab Sunan(dari riwayat ibn 'abbas): Sebagian isteri Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam mandi dengan (menggunakan air dari) bekas tempayan/besen , lalu Nabi datang hendak mandi dengan air itu, maka berkatalah isterinya: Sesungguhnya aku dalam keadaan junub. Maka Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya air itu tidak menjadi junub." Hadits shahih menurut Tirmidzi dan Ibnu Khuzaimah.

Darjat hadis ini sohih

Penerangan lafaz hadis.

1- maksud جَفْنَةٍ : bekas air yang biasa di guna untuk basuh kain. di buat dari kayu atau batu.orang Kelantan sebut besen.

2- lafaz لَا يَجْنُب ini boleh di baca " la yujnib atau la yajnib atau la yajnab" maknanya sama iaitu "tidak berjunub/tidak datang janabah.


Penerangan hukum hadis.

1- boleh dan juga tuntunan dari sunnah mandi bersama isteri

2- air lebihan isteri tidak beri mudharat kepada suami dan begitu juga sebaliknya.bahkan umum kepada semua jantina tidak merosakkan air yang digunakan oleh jantina berlainan.cuma jika di nilai hadis yg larang maka kembali kepada hukum makruh tanzih terhadap berlawanan jantina yg ajnabi(tiada hubungan mahram atau pernikahan) mengelak masalah fitnah dan maksiat yg mungkin berlaku antara berlawanan jantina yg ajnabi.jika aman maka boleh.

makruh tanzih iaitu makruh yg tidak mendatang dosa.
contoh makruh yg mendatangkan dosa tu mcmana ustaz?
satu lg makruh tahrim boleh mendatangkan dosa.
tapi jika di nilai lebih kurang sama saja..sbb tanzih isyarat molek tinggal manakala tahrim lebih molek tinggal.

nota: qaedah fiqh "perkataan larangan adalah asalnya hukum ke arah haram" cumanya selama mana tiada nas menunjukkan maksud hukum sebaliknya..oleh itu di sini hukum makruh tahrim mengikut jumhur ulama.

rasanya habis di sini shj.

Wallahu a'lam.


wallahu a'lam.Dia lah Allah yg Maha tahu segala sesuatu..
وآخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين

Tuesday, April 28, 2015

HADIS KE 6, 7, 8, BULUGHUL MARAM

Assalamualaikum warahmatullah


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي 
أما بعد،


Hadis 6

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْتَسِلْ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ وَهُوَ جُنُبٌ أَخْرَجَهُ مُسْلِمٌ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

"Janganlah seseorang di antara kamu mandi dalam air yang tenang ketika dalam keadaan junub." 

Dikeluarkan oleh Muslim.


Penerangan darjat hadis.

Hadis sohih riwayat muslim.

Note: hadis jika diriwayat oleh Al-Bukhari dan Muslim tidak dibahaskan darjatnya kerana sudah sepakat di kalangan ulama Ahlil Hadis riwayat dari mereka sohih.


Penerangan makna lafaz hadis:

1 - Air tenang iaitu air tidak mengalir. di sini maksudnya air tenang yang jumlahnya sedikit seperti kolah kecil,tab mandi dll. atau air tenang yg banyak jumlahnya seperti kolam,paya atau tasik dll.


2 - Lafaz junub bermaksud : orang yg datang hadas besar disebabkan jimak atau keluar air mani.


Penjelasan hukum hadis:

1- Di larang merendamkan tubuh di dalam air yang tidak mengalir ketika ber"junub" kerana bila sedikit jumlahnya itu boleh merosakkan air itu,hingga menyebabkan orang lain tidak dapat gunakan lagi air itu.samada kerana air itu jadi air musta'mal atau air bernajis atau menjijikan orang lain yg nak guna.


*Air musta'mal : air yg sudah di guna utk bersuci hadas.

*Hadas : hadas kecil seperti kencing,kentut dll. dan hadas besar seperti ber junub.


2- Hadis ini seolah melarang merendam tubuh di dalam segala jenis air tenang yg sedikit jumlahnya dan banyak jumlahnya.
tetapi hukum yg benar ialah jumlah air yang banyak seperti kolam besar,tasik dan seumpamanya hukumnya sama dgn air mengalir seperti laut atau sungai.iaitu kerana ada persamaan dari segi kuantiti dan berlaku juga arus kecil yang seakan air laut atau sungai atau air telaga.


3-Jika di rendam tubuh utk mandi junub di dalam air yang sedikit ada tiga pendapat hukum:

a) Air ini sudah di anggap air musta'mal.jadi tak sah utk digunakan oleh orang lain.

b)Air ini jadi air bernajis kerana ada najis yang melekat di badannya.jadi tak sah utk digunakan oleh orang lain.

c)Air tak jadi musta'mal dan tak jadi bernajis sebab tidak berubah sifat asal air.cuma pendapat ini kurang kuat sebab tidak menghilangkan keraguan terhadap air itu dan boleh menyebabkan rasa jijik utk orang lain gunakannya.(cuma mungkin hukum ini boleh amal jika dharurat ketiadaan air lain)

wallahu a'lam.


4- Jika tak di anggap sebagai air musta'mal(bagi sebahagian ulama) atau tidak di hukum sebagai air bernajis (mungkin kerana tiada najis pada tubuhnya ketika mandi itu)maka tetapnya perbuatannya adalah makruh atau haram..

a)Hukum makruh jika air itu tak seberapa banyak jumlahnya (contoh jumlah air cukup-cukup sekadar 2 qullah atau kurang) sehingga menyebabkan orang lain pula rasa jijik hendak gunakannya.

b)Hukum haram jika orang lain langsung tidak dapat guna air itu kerana kotor atau bernajis.


Habis di situ.

_________________________________________________________________________________

Hadis 7 

لِلْبُخَارِيِّ لَا يَبُولَنَّ أَحَدُكُمْ فِي الْمَاءِ الدَّائِمِ الَّذِي لَا يَجْرِي ثُمَّ يَغْتَسِلُ فِيهِ

Menurut Riwayat Imam Al Bukhari:

 "Janganlah sekali-kali seseorang di antara kamu kencing dalam air tenang iaitu yang tidak mengalir, lalu kemudian dia nak mandi pula di dalamnya."


Penerangan lafaz.

1 - Lafaz "kencing" merangkumi makna kencing dan berak. kencing makna lafaz manakala kencing dan berak adalah makna isyaari iaitu isyarat kepada najis yg dikeluarkan dari 2 jalan(qubul dan dubur)


Penjelasan hukum hadis.

Hukumnya sama dengan hukum hadis 6 dengan tambahan:

1- sebahagian ulama memilih hukum larangan pada hadis ni hanya jika ada dua hal dalam satu keadaan.iaitu kencing dan mandi.ini kerana bagi mereka perkataan ثم dalam text hadis hanya bermaksud tertib/susunan (iaitu kencing dan mandi ada dalam satu keadaan).

Tapi yang benarnya adalah boleh hukum pada ثم tidak semestinya dengan makna tertib susunan bahkan boleh juga sebagai makna susunan yang terpisah satu sama lain serta tidak semestinya dalam satu masa atau keadaan baru boleh jalankan hukum hadis.


wallahu a'lam.


2- Haram kencing dalam air yang tenang.


3- Air bernajis tidak di guna pakai untuk bersuci.


4- Haram buat aniaya kepada manusia dengan kencing atau berak ke dalam air yang tenang.tak kira la samada air sedikit atau banyak.cuma bagi setengah ulama anggap makruh jika air itu banyak seperti tasik dll.


Habis di situ..

_____________________________________________________________________________

Hadis 8

وَلِمُسْلِمٍ مِنْهُ وَلِأَبِي دَاوُد : وَلَا يَغْتَسِلُ فِيهِ مِنْ الْجَنَابَةِ

Menurut riwayat Muslim
(ada tambahan ganti perkataan فيه dgn perkataan) منه iaitu (ambil air) darinya(air bercampur kencing itu)

dan riwayat Abu Dawwud: "Dan janganlah dia mandi janabah di dalamnya."


Penerangan lafaz hadis.

1- Riwayat muslim semakna dgn riwayat Al-Bukhari melainkan pada perkataan فيه di ganti dgn منه . beza antara dua riwayat ini ialah dalam :

i) Riwayat Al-Bukhari:"jangan mandi dalam air najis itu"

manakala

ii) Riwayat Muslim: "jangan mandi dengan menggunakan air dari air najis itu".

Walaubagaimana pun perbezaan ini hanya pada lafaz sahaja bukan pada makna.kerana setiap satu dari kedua kalimah itu memberi makna sama.

2-Janabah iaitu kata sifat dari orang yang berjunub iaitu datang hadas besar kerana keluar mani atau jimak.


Penjelasan hukum.

Hukumnya sama dengan hadis 6 dan 7. Cuma ada tambahan:

a)Air yang sudah menjadi air bernajis tidak boleh di ambil untuk bersuci.

b)Pada hadis abi daud mengukuhkan pendapat ulama yg menetapkan hukum hadis ini secara "susunan terpisah".
iaitu hukum kencing dan mandi boleh di asingkan hukumnya tanpa disatukan secara "tertib susunan".maka tidak lah di tetapkan mesti ada kencing dgn mandi dulu baru lah dapat berhukum dgn hadis ini.

*Maksud di asingkan dua hukum : 

1)Hukum haram kencing dalam air tenang dan

2) Hukum haram guna air bercampur kencing untuk bersuci.

Habis di situ 

Sunday, April 26, 2015

PENGENALAN KITAB BULUGHUL MARAM IMAM IBN HAJAR AL ASQALAANI


Pengenalan Kitab :

Bulughul Maram atau Bulugh al-Maram min Adillat al-Ahkam, disusun oleh Al-Hafizh Ibnu Hajar Al-Asqalani (773 H - 852 H). Kitab ini merupakan kitab hadits tematik yang memuat hadits-hadits yang dijadikan sumber pengambilan hukum fikih (istinbath) oleh para ahli fikih. Kitab ini menjadi rujukan utama khususnya bagi fikih dari Mazhab Syafi'i. Kitab ini termasuk kitab fikih yang menerima pengakuan global dan juga banyak diterjemahkan di seluruh dunia.

Kitab Bulughul Maram memuat hampir 1600 buah hadits. Di setiap akhir hadits yang dimuat dalam Bulughul Maram, Ibnu Hajar menyebutkan siapa perawi hadits asalnya.Bulughul Maram memasukkan hadits-hadits yang berasal dari sumber-sumber utamaseperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan at-Tirmidzi, Sunan an-Nasa'i,Sunan Ibnu Majah, dan Musnad Ahmad dan selainnya.

Kitab Bulughul Maram memiliki keutamaan yang istimewa karena seluruh hadits yang termuat di dalamnya kemudian menjadi pondasi landasan fikih dalam mazhab Syafi'i. Selain menyebutkan asal muasal hadits-hadits yang termuat di dalamnya, penyusun juga memasukkan perbandingan antara beberapa riwayat hadits lainnya yang datang dari jalur yang lain. Karena keistimewaannya ini, Bulughul Maram hingga kini tetap menjadi kitab rujukan hadits yang dipakai secara luas tanpa mempedulikan mazhab fikihnya.


Metode yang digunakan oleh Ibnu Hajar dalam menyusun kitab ini ialah dengan metode tematis (maudhu’i) berdasarkan tema-tema fikih, mulai dari Bab Bersuci (Thaharah) sampai Bab Kompilasi (al-Jami’). Ia menyeleksi beberapa hadits dari kitab-kitab shahih, sunan, mu’jam, dan al-Jami yang berkaitan dengan hukum-hukum fiqih.

Sistematika kitab Bulughul Maram sebagai berikut :

Terdiri dari 16 bab mulai dari Bab Bersuci(Kitab at-Thaharah) sampai Bab Kompilasi (Kitab al-Jami’), setiap bab terdiri dari beberapa sub-bab.Memuat sebanyak 1596 buah hadits sahih,hasan, bahkan dha’if yang bertemakan fikih.Memotong (ta’liq) rangkaian sanad, kecuali pada tingkat sahabat dan mukharrij.Terkadang menyertakan jalur-jalur periwayatan hadits secara ringkas dan menyebutkan tambahan-tambahan redaksi dari riwayat lainnya dan menjelaskan statusnya.

Menjelaskan status hadits-hadits yang lemah (padanya ada kelemahan, sanadnya lemah... dsb.) atau dengan keterangan ulama, seperti "dilemahkan oleh Abu Hatim, dll.".Dalam hal penguat hadits, Ibnu Hajar menyertakan keterangan ringkas yang hanya mencantumkan sanad saja tanpa mengulang isi matan.

Ibnu Hajar menggunakan istilah tertentu dalam penyebutan yang mengeluarkan hadits (mukharrij), yakni:Rowahu as-Sab'ah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam dalam ilmu Hadits, yaitu Ahmad, Bukhari, Muslim, Abu Daud, Tirmidzy, Nasa’i dan Ibnu MajahRowahu as-Sittah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain AhmadRowahu al-Khamsah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Bukhari-MuslimRowahu al-Arba'ah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, Bukhari dan MuslimRowahu ats-Tsalitsah untuk hadits yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, Bukhari, Muslim dan Ibnu MajahMuttafaqun 'alaih untuk hadits yang diriwayatkan oleh Bukhari-Muslim


BIODATA USTAZ SOLAHUDIN AL AYYUBI


biodata ustaz solahudin al ayyubi

Pada akhir thn1992 ke karachi pakistan belajar tahfiz hingga 1996 alquran di jamia binorytown.
Tahun yang sama buat pakar alquran d jamia binuriah..lepas tu masuk kelas kitab bidang ulum islamia hingga thn 4 d thb 2000.
lepas tu buat pakar ilmu sorof dan nahu sethn setgh di rahim yar khar punjab dgn syeikh sorof wa nahw pakistan maulana nasrullah khan.lepas tu ke karachi belajar kelas alim thn 5 hingga thn 7 hingga 2004..kemudian amik MA Hadis d jamia binorytown tamat thn 2005..2005 blk msia.

balik msia buka madrasah di Tokbali hingga sekarang.lani sudah 9thn buka madrasah tokbali.kami sudah keluar 2 org pelajar tamat dari thn 1 hingga thn 8 daurah hadis..dan beberapa lagi sudah tamat tahfiz alquran di sini..

Friday, April 24, 2015

SAHIH BUKHARI - KITAB ILMU

Sahih Bukhari : Kitab Ilmu (Bab 21 - 22) (Hadis 80-82) (Ilmu Diangkat Dan Zahirnya Kejahilan)

Tuesday, April 21, 2015

SYARAH KITAB KITAB BULUGHUL MARAM




Kuliah di Telegram bersama ustaz Solah pada hari isnin dan selasa. insya Allah.

Assalamualaikum

Alhamdulillah kerana beri hidayah pada kita yg mana sekira tak maka tak mungkin kita dapat petunjuk..
wassolatu wassalam ala Rasulillah..wa baad.

1. Hadith-hadith dlm Bulughul Maram hadis berbentuk hukum. Oleh itu hadisnya tak banyak dan tak kurang utk faham hukum Allah insyaAllah.

2. Biasanya di kelantan para Qadhi mesti khatam kitab ni.
mula2 asas kitab ni

3. Pesanan guru ana :

-jika tuan kitab kata sab'ah maka riwayat ahmad bukhari muslim abu daud tirmizi nasaei dan ibn majah

-jika sittah selain riwayat ahmad

-jika khamsah selain bukhari muslim


-jika arba'ah selain ahmad bukhari muslim


-jika salasah selain ahmad bukhari muslim dan ibn majah


-jika muttafaq alaih bukhari muslim


4. Mulakan belajar ni seolah-olah Nabi sedang kata kpd kita..Jika tidak,maka kita akan rasa hadis kena pada org lain sahaja.


5. Bila belajar kena tabah hadapi pencela..biasa lah jika berkata benar maka ada saja yg di bangkang oleh manusia yg tak mahu terima kebenaran

6. Mesti pohon pada Allah agar diberi kefahaman yang sesuai dgn apa yang dikehendakiNya.

7. Isu sanad tiada dalam kitab ini kerana hadis-hadis di sini hanya di nukil dari kitab-kitab hadis muktabar..maka sanadnya di sana bukan di sini.

8. Isu mustalah hadis akan di ajar selit dlm pengajian jika ada isu-isu yang berbangkit.

9. Rujukan kitab:

1. Subulus Salam oleh Asson'aani

2. Taudhihul Ahkam oleh Al Bassaam.

3. Fathul 'allaam oleh Al Qanuuji

4. Tashilul Ilmaam oleh Al Fauzan

Kitab-kitab ni rujukan ana masa mengajar. Selain daripada kitab-kitab tersebut ialah Syarah Hadis Kutubus Sittah.

Jika anda terjumpa terjemahannya elok sangatlah dibeli. Tetapi kitab-kitab di atas lebih senang difahami dalam bahasa arab.

harap maklum

Di harapkan agar anda membaca  matan/text arabnya sendiri. 
Baca lah seperti anda membaca Al Quran.

Hadith 1

أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْبَحْرِ هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ أَخْرَجَهُ الْأَرْبَعَةُ وَابْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَاللَّفْظُ لَهُ وَصَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ وَالتِّرْمِذِيُّ وَرَوَاهُ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda tentang (air) laut. 

"Laut itu airnya suci lagu mensucikan, bangkainya pun halal." 

Dikeluarkan oleh Imam Empat dan Ibnu Syaibah. Lafadh hadits menurut riwayat Ibnu Syaibah dan dianggap shohih oleh oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmidzi. Malik, Syafi'i dan Ahmad juga meriwayatkannya.


عن أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْبَحْرِ هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ الْحِلُّ مَيْتَتُهُ أَخْرَجَهُ الْأَرْبَعَةُ وَابْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَاللَّفْظُ لَهُ وَصَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ وَالتِّرْمِذِيُّ وَرَوَاهُ مَالِكٌ وَالشَّافِعِيُّ وَأَحْمَدُ

Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda tentang (air) laut. "Laut itu airnya suci lagu mensucikan, bangkainya pun halal." Dikeluarkan oleh Imam Empat dan Ibnu Syaibah.
Lafadh hadits menurut riwayat Ibnu Syaibah dan dianggap shohih oleh oleh Ibnu Khuzaimah dan Tirmidzi. Malik, Syafi'i dan Ahmad juga meriwayatkannya.

kitab attoharah
kitab bersuci

babul miyaah.
bab jenis2 air

hadis 1 ni sohih

imam empat = selain bukhari muslim ahmad

hukum hadis:
1 air laut suci.
iaitu air laut air sungai masuk sekali.

cuma hadis ni khusus bab air laut sbb air masin

timbul keraguan sbb biasa minum air tawar boleh maka boleh wudhu lalu air laut masin takleh minum maka musykil boleh guna utk wudhu atau tak.dan hadis menjelaskan.

2 bangkai laut halal:
tak perlu sembelih dulu.dan jika mati tanpa sembelih boleh makan.

dhamir ميتته iaitu hu pada akhirnya merujuk binatang yg asal di dlm laut shj.manakala asal di darat tidak masuk.
ulasan hukum halal haram binatang dlm laut dan sungai akan di jelaskan dlm babnya nanti insyaAllah

air laut merangkumi segala air asli yg bersambung dgn nya hingga ke punca air aslinya.iaitu hukum sama.

3 airnya boleh di buat bersuci.(ni sesuai dgn maksud bab)

ada soalan di beri hingga kul 1005pm.
ada? jika tak nak sambung hadis....


Hadith 2


وَعَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ الْمَاءَ طَهُورٌ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ أَخْرَجَهُ الثَّلَاثَةُ وَصَحَّحَهُ أَحْمَدُ

Dari Abu Said Al-Khudry Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Sesungguhnya (hakekat) air adalah suci dan mensucikan, tak ada sesuatu pun yang menajiskannya." Dikeluarkan oleh Imam Tiga dan dinilai shahih oleh Ahmad.

darjat hadis: sohih

ini  hadis masyhur di kalangan ulama feqah.


nama hadis ni juga di panggil hadis perigi budha'ah.

darjat hadis: sohih

ini hadis masyhur di kalangan ulama feqah.

nama hadis ni juga di panggil hadis perigi budha'ah.

sbbnya perigi budha'ah ni perigi usang tidak di guna.tapi air ada.atau di panggil perigi buta.biasa org arab di situ buang kotoran2 serta sampah dlmnya.

lalu setelah bersih dari kotoran timbul waswas d kalangan pengguna.lalu dtg hadis ni.

lughah hadis:
thahur huruf tha nya baris atas dgn maksud ia suci dgn sendirinya lagi boleh di buat suci.

hukum hadis:
hukumnya terlalu umum utk faham cuma hadis ni utk hilang keraguan guna perigi tersebut.kecuali berubah sifat aslinya.


hadis 3 dan 4 huraian kemusykilan hadis ni.

hadis 3

وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ إلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ وَلَوْنِهِ أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ وَضَعَّفَهُ أَبُو حَاتِمٍ

Dari Abu Umamah al-Bahily Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:

 "Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang dapat menajiskannya kecuali oleh sesuatu yang dapat merubah bau, rasa atau warnanya."

Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dan dianggap lemah oleh Ibnu Hatim.

darjat hadis: dhaif.

lughah hadis:
perkataan وَ (dan) di antara kalimah bau dgn rasa dan warnanya seolah bermaksud tertib.Jadi hadis selepasnya di guna perkataan او (atau).lebih jelas dari hadis 3.

وَلِلْبَيْهَقِيِّ الْمَاءُ طَهُورٌ إلَّا إنْ تَغَيَّرَ رِيحُهُ أَوْ طَعْمُهُ أَوْ لَوْنُهُ بِنَجَاسَةٍ تَحْدُثُ فِيهِ

Menurut hadits yang diriwayatkan oleh Al-Baihaqi: "Air itu suci dan mensucikan kecuali jika ia berubah baunya, rasanya atau warnanya dengan suatu najis yang masuk di dalamnya."

hadis 4 ini hadis dhaif juga

darjat hadis 3 & 4 dari segi sanad dhaif..tapi maksud matannya sesuai dgn ijmak ulama tentang air yg berubah dari ori nya merosakkan air.

kaedah imam ibn hajar pengarang kitab ni:

jika pendapat sesuai dgn nas sohih atau ijmak lalu tiada hadis sohih maka di nukil juga ke dlm kitab ni.bertujuaan utk mendalami hukum pada text hadis bukannya pada sanadnya.sbb dlm ni semua sanad sengaja di potong...seolah2 ibn hajar dgr sendiri dari Nabi tp tidak sebenarnya.

kerana dhaif hadis ni maka khilaf di kalangan ulama.

khilaf mazhab1:
jika najis masuk dlm air suci yg sikit atau air byk selama tidak berubah sifat2 yg 3 itu maka air tu SUCI.

khilaf mazhab2:
jika air sikit jadi najis dan jika byk 2 kolah atau lebih juga jadi najis jika berubah sifat.kalau tak berubah baru jd suci.

ulasan mazhab 1 dan 2:

jika mazhab 2 merujuk kpd dalil MAFHUM (kena di kaji)

jika mazhab 1 merujuk dalil MANTUQ (di sebut dgn jelas maknanya) serta dalil IJMAK ULAMA.

note: dalil mafhum mazhab 2 pada hadis dua kolah hadis selepas ni.


Hadith ke 5


وَعَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إذَا كَانَ الْمَاءُ قُلَّتَيْنِ لَمْ يَحْمِلْ الْخَبَثَ وَفِي لَفْظٍ لَمْ يَنْجُسْ أَخْرَجَهُ الْأَرْبَعَةُ وَصَحَّحَهُ ابْنُ خُزَيْمَةَ وَالْحَاكِمُ وَابْنُ حِبَّانَ

Dari Abdullah Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: 

"Jika banyaknya air telah mencapai dua kullah maka ia tidak mengandung kotoran." Dalam suatu lafadz hadits: "Tidak najis".

Dikeluarkan oleh Imam Empat dan dinilai shahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban.

darjat hadis ini sohih.walau bagaimana pun sebahgian ulama mendhaifkan kerana keliru pada text hadis ada kata 2 kullah dan ada hingga 4 kullah dan sebagainya.

tapi hadis ni sudah jelas sohih oleh ibn hajar sendiri.

lughah hadis:
kullah = lebih kurang 200kg air.

jadi mazhab 1 lebih kuat sbb hadis dalil mantuq lebih jelas serta ada dalil ijmak.manakala mazhab 2 dalil mafhum makna kullah shj.
Kedua2 mazhab ada dalil..

jika kita perhatikan mazhab 1 mengikut hukum asal makna hadis.dan mazhab 2 mengikut hukum ihtiyathi(hukum berwaspada).
huraian pendapat ini sesuai dgn pendapat ibn taimiyah,ibn qayyim dll..

wallahu a'lam.