Tuesday, May 12, 2015
HADIS KE 17
Hadist 17
وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ - وَهِيَ حَيَّةٌ - فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ
Dari Abu Waqid Al-Laitsi Radliyallaahu 'anhu bahwa Nabi Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda:
"Anggota yang terputus dari binatang yang masih hidup adalah termasuk bangkai."
Dikeluarkan oleh Abu Dawud dan Tirmidzi dan beliau menyatakannya hasan. Lafaz hadis ini riwayatnya.
Darjat hadis Abu Daud dan AtTirmidzi : Hadist Sohih.
Penjelasan hadis:
1- Daging binatang yang di potong masa hidup termasuk bangkai. iaitu di haram makan daging itu. walaupun asalnya binatang itu halal di makan dan di sembelih secara syarie.
2- Ikan jika di potong hidup2 dagingnya halal di makan. ini kerana sebarang bangkai ikan halal di makan. Ikan terkecuali dalam hadis ini.
3- begitu juga dengan ketuat rusa yang di potong untuk di buat minyak misk/kasturi pun halal lagi suci di guna. Ini sesuai dengan berita2 dalam alquran dan hadis menyebut kelebihan kasturi dan Nabi juga memakai bauan kasturi. Jadi kasturi terkecuali dari hukum hadist di atas.
4- Hukum air yang bercampur dengan daging bangkai seperti hadist di atas di hukum najis. manakala daging ikan yg di potong hidup2 dan kasturi jika bercampur dengan air maka di hukum air itu suci. masih boleh di guna air itu untuk bersuci jika masih ok air itu.
5- daging halal yang di sembelih syarie tidak najis. hanya perlu bersihkan darah yang memancar tu dulu.
habis di sini..
wallahu a'lam bis sowab..
syukran lakum wa ilal liqa'
wa jazakumullahu khaira..
SOALAN :
1. Ust Ghafar Telegram, : kesturi dr anggota rusa yg mana ustaz?
Abu Tolhah Solahuddin, : yang sy tahu ketuat atau daging lebihnya yang ada kat perut atay tubuhnya..pernah tengok yg dah potong..tapi tak pernah ambil sendiri.
2. Ahmad Kamil,: ustaz, daging ikan yg dipotong darahnya bercampur dgn air, adakah masih suci?
Abu Tolhah Solahuddin, : najis yg di maafkan
3. Abu Raimi, : anggota yg terputus dari binatang masih hidup ni tidak termasuk bulu kan usyaz?
Abu Tolhah Solahuddin, : bulu tak.. masa hidup dan masa mati..
4. Azizulfitri, : Saya kurang jelas dengan istilah واللفظ له
Azizulfitri, : وَعَنْ أَبِي وَاقِدٍ اللَّيْثِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا قُطِعَ مِنْ الْبَهِيمَةِ - وَهِيَ حَيَّةٌ - فَهُوَ مَيِّتٌ أَخْرَجَهُ أَبُو دَاوُد وَالتِّرْمِذِيُّ وَحَسَّنَهُ وَاللَّفْظُ لَهُ
Abu Tolhah Solahuddin,: lafaz tu adalah lafaz riwayat attirmidzi..tapi saya lihat dalam abu daud lafaz pun sama saja dgn lafaz di atas.. zahirnya tuan kitab tuju lafaz tu lafaz attirmidzi bukan abu daud.
5. Al-Bakri Harith, : Pengecualian dari hadith ni hanya ikan & belakang, berdasarkan hadith sebelumnya, dan kasturi kijang. Ada pengecualian lain kah Ust?
Abu Tolhah Solahuddin, : dan ada juga yg lain seperti binatang buruan yg di panah lalu terpotong anggota tertentu. itu saja yg ana tahu..wallahu a'lam
6. Al-Bakri Harith, : Tanduk dan gading? Dipotong smasa masih hidup adakah najis
Abu Tolhah Solahuddin, : cerita hadis ni asalnya benda yg di makan shj bukan tanduk atau gading..cerita di kalangan arab jahiliyah dulu suka potong bonggol unta atau ekor binatang utk di makan... sudah jawab di atas.. ya najis.
habis di sini..
wallahu a'lam bis sowab..
syukran lakum wa ilal liqa'
wa jazakumullahu khaira..
و آخر دعوانا ان الحمد لله رب العالمين
والسلام عليكم ورحمة الله
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment