Tuesday, May 12, 2015
HADIS KE 16
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إذَا وَقَعَ الذُّبَابُ فِي شَرَابِ أَحَدِكُمْ فَلْيَغْمِسْهُ ثُمَّ لِيَنْزِعْهُ فَإِنَّ فِي أَحَدِ جَنَاحَيْهِ دَاءً وَفِي الْآخَرِ شِفَاءً أَخْرَجَهُ الْبُخَارِيُّ وَأَبُو دَاوُد . وَزَادَ وَإِنَّهُ يَتَّقِي بِجَنَاحِهِ الَّذِي فِيهِ الدَّاءُ
Dari Abu Hurairah Radliyallaahu 'anhu bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Apabila ada lalat jatuh ke dalam minuman seseorang di antara kamu maka benamkanlah lalat itu kemudian keluarkanlah, sebab ada salah satu sayapnya ada penyakit/racun dan pada sayap lainnya ada penawar/ubat."
Dikeluarkan oleh Bukhari dan Abu Dawud dengan tambahan: "Dan hendaknya ia waspada dengan sayap yang ada penyakit"
Darjat hadis Abu Daud juga Sohih.
Penerangan hadist.
1-ini dalil lalat tidak menajiskan air yang sedikit. walaupun ia di anggap jijik oleh manusia.
2-ini dalil lalat tidak boleh di makan. kerana Nabi perintahkan supaya di buang.
3- fitrah manusia memang tak suka kepada kotoran. lebih2 lagi lalat. kerja lalat suka hinggap kotoran dan najis. dan jenis lalat ni pula susah untuk di halang. jadi dengan kepayahan yg banyak yg sukar di hindar maka di beri rukhsoh kelonggaran pasal lalat.. tentu saja payah nak halang lalat yg hinggap di najis kemudian main2 atas pakaian kita,hidung kita atau tubuh kita. walaupun kita nampak ia hinggap di tahi sekali pun tetap di hukum ada rukhsah iaitu tidak jadi najis jika terkena kita.
4- hukum tidak najisnya lalat boleh di kias hukumnya dengan segala jenis serangga dan binatang kecil. iaitu ia tidak menajiskan atau merosakkan air suci.
5- hadis ini juga ajar cara mengelak keracunan kerana lalat. Jadi perlu di celup/rendam lalat tu ke dalam air kemudian baru buang. Kaedah ini di luar logik akal manusia. kewajipan kita hanya beriman dengan apa saja berita wahyu yang sohih. Dan ini berupa mukjizat sepanjang zaman.
kalau serangga selain lalat,zahirnya bukan di celup. hanya di buang saja.
6- Hadist ini juga dalil boleh bunuh serangga jika serangga itu boleh membahayakan manusia.
wallahu a'lam
SOALAN
1. Najmi, : ustaz, berdosakah bunuh serangga dalam rumah seperti semut, lipas dan lain2 yang tidak bahaya?
Abu Tolhah Solahuddin, :
yg dlm rumah biasanya bahaya macam semut tu boleh masuk telinga anak atau kita..manakala lipas memang bahaya,nyamuk bahaya..
Ust Ghafar Telegram, : Kelkatu halal/ haram/Anai2 yg terbang ustaz?
Abu Tolhah Solahuddin, : oh.. haram tu..
termasuk jenis serangga..semua haram di makan melainkan belalang..
2. Ust Ghafar Telegram, : apa maksud binatang 2 alam ustaz?...contohnya?
3. Ahmad Kamil, : ustaz, ulat pula bagaimana?
Abu Tolhah Solahuddin, : sama saja.. paling tidak pun ia termasuk binatang khabis(buruk)
4. Najmi, : bagaiamana orang kata ketam batu yang dua alam ustaz? ada yang kata halal, ada yang kata haram makan?
Abu Tolhah Solahuddin,: ketam batu atau nipah bagi saya halal.. ia jenis binatang air. dan sejenis dgn ketam laut.
5. Ust Ghafar Telegram, : di tmpt kami ade sejenis kumbang slalunya di sawah padi , halalke?
Abu Tolhah Solahuddin, : serangga haram di makan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment