بسم الله الرحمن الرحيم
الحمد لله على نعمه والصلوة والسلام على رسوله الكريم
اللهم انفعنا بما علمتنا و علمنا ما ينفعنا و زدنا علما
رَبِّ اشْرَحْ لِي صَدْرِي وَيَسِّرْ لِي أَمْرِي وَاحْلُلْ عُقْدَةً مِنْ لِسَانِي يَفْقَهُوا قَوْلِي
أما بعد،
seperti biasa mulakan dgn berdoa pada Allah supaya menambah kefahaman ilmu dan taufiq hidayah.. Allah Maha Dengar lagi Maha Mengetahui.
buka hadis 15
وَعَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُحِلَّتْ لَنَا مَيْتَتَانِ وَدَمَانِ. فَأَمَّا الْمَيْتَتَانِ : فَالْجَرَادُ وَالْحُوتُ وَأَمَّا الدَّمَانِ : فَالطِّحَالُ وَالْكَبِدُ أَخْرَجَهُ أَحْمَدُ وَابْنُ مَاجَهْ وَفِيهِ ضَعْفٌ
Ibnu Umar Radliyallaahu 'anhu berkata bahwa Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wa Sallam bersabda: "Dihalalkan buat kita dua jenis bangkai dan dua jenis darah. Dua jenis bangkai itu ialah belalang dan ikan, manakala dua jenis darah iaitu limpa dan hati."
Diriwayatkan oleh Ahmad dan Ibnu Majah, dan di dalam sanadnya ada kelemahan.
Nilaian Darjat hadis:
Hadis ini Sohih Mauquf.
Zahir hadis ini hukumnya mauquf tapi sebenarnya hukumnya jadi marfu' sebab qaul Sahabat menyebut "di halalkan buat kami" maka maknanya Nabi SAW menyatakan halal buat kami. oleh itu hadis ini tetap di hukum marfu'. Dan seolah hadis ini bukan hukum mauquf bahkan hukum marfu' walaupun pada asalnya ia Sohih Mauquf. sebab ini juga lah sebagian ulama menDhaif-kan hadis ini kerana tidak marfu'. Tapi ia Sohih jika Mauquf. Dan jatuh hukum Marfu'.
Sedikit penjelasan Istilah hadis;
Hukum sandaran pada matan hadis ada 3,
1-marfu' مرفوع : hadis yang terhenti hingga Nabi.
2-mauquf موقوف : hadis yg terhenti setakat Sahabat.
3-maqthu' مقطوع : hadis yg terhenti setakat tabi'in.
*sahabat: orang yang pernah berjumpa dan beriman dengan Nabi.
*tabi'in: orang yang pernah berjumpa dengan sahabat dan ketika itu dia beriman kepada Allah dan RasulNya.
Perhatian,
Istilah di atas hanya permasalahan pada hukum sandaran pada siapa matan hadis itu. Dan bukannya hukum pada sanad hadis. Tujuan perbahasan istilah ini bagi mengenali matan hadis itu sandaran hukumnya pada siapa.. lalu bila jelas hukum itu maka dapat dibahaskan permasalahan hukum hadis,samada memang betul hukum sandaran dari Nabi atau Sahabat atau Tabi'in dan kebawah. Jadi dapat dibezakan antara pendapat ijtihad atau nas hukum dari Nabi sendiri.
Dan dalam bab ijtihad Sahabat banyak memberi kesan kepada pendapat hukum di kalangan ulama'. Lebih2 jika berlaku khilaf dalam ijtihad.
Kesimpulannya, Perhatikan baik2 masalah ini. belajar hadis akan jumpa banyak masalah serupa ini.
Penerangan Lafaz Hadist.
1- Lafaz مَيْتَتَانِ bermakna dua jenis bangkai. iaitu maksudnya binatang yang mati bukan kerana di sembelih secara syariat.
Sembelih syariat:
binatang halal,sembelih urat darah dan urat makan minun,guna alat pemotong tajam(selain kuku dan tulang) dan baca bismillah.
2- Lafaz َالْحُوتُ bermaksud segala jenis ikan dalam air,kecik atau besar dan merangkumi segala binatang yg hidup di dalam air. samada sungai,laut,tasik,paya dll.
Penerangan Hukum Hadis.
1- Asal hukum mesti sembelih setiap binatang yang halal di makan. Jika tak maka jadi bangkai,ini sesuai dengan ayat alquran di bawah :
حُرِّمَتْ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةُ وَالدَّمُ وَلَحْمُ الْخِنْزِيرِ وَمَا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ وَالْمُنْخَنِقَةُ وَالْمَوْقُوذَةُ وَالْمُتَرَدِّيَةُ وَالنَّطِيحَةُ وَمَا أَكَلَ السَّبُعُ إِلَّا مَا ذَكَّيْتُمْ وَمَا ذُبِحَ عَلَى النُّصُبِ وَأَنْ تَسْتَقْسِمُوا بِالْأَزْلَامِ ۚ ذَٰلِكُمْ فِسْقٌ ۗ الْيَوْمَ يَئِسَ الَّذِينَ كَفَرُوا مِنْ دِينِكُمْ فَلَا تَخْشَوْهُمْ وَاخْشَوْنِ ۚ الْيَوْمَ أَكْمَلْتُ لَكُمْ دِينَكُمْ وَأَتْمَمْتُ عَلَيْكُمْ نِعْمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ الْإِسْلَامَ دِينًا ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ فِي مَخْمَصَةٍ غَيْرَ مُتَجَانِفٍ لِإِثْمٍ ۙ فَإِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Diharamkan kepada kamu (memakan) bangkai (binatang yang tidak disembelih), dan darah (yang keluar mengalir), dan daging babi (termasuk semuanya), dan binatang-binatang yang disembelih kerana yang lain dari Allah, dan yang mati tercekik, dan yang mati dipukul, dan yang mati jatuh dari tempat yang tinggi, dan yang mati ditanduk, dan yang mati dimakan binatang buas, kecuali yang sempat kamu sembelih (sebelum habis nyawanya), dan yang disembelih atas nama berhala; dan (diharamkan juga) kamu merenung nasib dengan undi batang-batang anak panah. Yang demikian itu adalah perbuatan fasik. Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) dari ugama kamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu. Maka sesiapa yang terpaksa kerana kelaparan (memakan benda-benda yang diharamkan) sedang ia tidak cenderung hendak melakukan dosa (maka bolehlah ia memakannya), kerana sesungguhnya Allah maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
al Maidah 3.
Manakala hadis ini pula memberi pengecualian bangkai belalang dan ikan.
2-Asal hukum di haram makan darah yang memancut mengalir keluar,seperti dalil di bawah:
قُلْ لَا أَجِدُ فِي مَا أُوحِيَ إِلَيَّ مُحَرَّمًا عَلَىٰ طَاعِمٍ يَطْعَمُهُ إِلَّا أَنْ يَكُونَ مَيْتَةً أَوْ دَمًا مَسْفُوحًا أَوْ لَحْمَ خِنْزِيرٍ فَإِنَّهُ رِجْسٌ أَوْ فِسْقًا أُهِلَّ لِغَيْرِ اللَّهِ بِهِ ۚ فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَإِنَّ رَبَّكَ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (wahai Muhammad): "Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi - kerana sesungguhnya ia adalah kotor - atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah". Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
al an'am 145.
Manakala hadist ini memberi perkhususan dua jenis darah iaitu limpa dan hati.
3- Tujuan di nukil hadist ini untuk menerangkan tentang suci bangkai belalang dan ikan dan suci darah dari limpa dan hati. bila dihalalkan makan maka dengan sendiri ia adalah suci bersih. oleh itu jika ia masuk ke dalam air maka air tu tidak jadi air bernajis.
wallahu a'lam.
boleh tanya soalan di buka 10minit.
SOALAN:
1. Kamal Iqlaas, : Ustaz, soalan saya, yang dikatakan makruh untuk makan organ dalaman seperti paru, hati, dsb, adakah dari sandaran hadis ini?
Abu Tolhah Solahuddin, : halal..sesuai dgn hadis ini..
2; Ummu Yaser, : Boleh kah makan ikan Buntal , ikan jerung? Adakah halal?
Abu Tolhah Solahuddin, : boleh..yg tak boleh makan hanya jika memudaratkan seperti racun.
3. Al-Bakri Harith, : Assalamualaikum.. Ustaz sya pernah terdengar ada sesetangah org y bermazhab selain syafie tidak memakan makanan laut y lain selain ikan.. Kerana tiada d nyatakan d dalam hadis tersebut d boleh kn memakan makanan laut selaian ikan..?? Mohon pencerahan ustaz..?
Abu Tolhah Solahuddin, : waalaikumussalam..
ada,seperti mazhab hanafie.. kerana bagi meraka selain ikan di anggap macam ulat,serangga dll.. tapi zahir hadis halal..
Abu Tolhah Solahuddin, : tiada dalil melarang.. mungkin saja tu pendapat org2 dahulu kala..
jadinya,halal di makan..macam tomyam campur ke..gulai buh belacan ke.. halalan toyyiba.
5. Al-Bakri Harith, : Bagaimana pula kedaan nya dgn ikan y sudah sedia kala mati terapung..? Adalah halal utk dimakan..?
Abu Tolhah Solahuddin, : halal..dalil hadis ini.
6. Al-Bakri Harith, : Makanan laut selain ikan yang halal di makan, contoh ketam & udang, adakah bersandarkan kepada hadith ini juga atau ada hadith lain?
7. Azizulfitri, : Minta penjelasan Ustaz berkenaan hukum memakan ikan yang memakan najis mughallazah
Abu Tolhah Solahuddin, : hadis ini dan hadis terdahulu dlm bab miyah ini.
8. Al-Bakri Harith, : Ustaz bgaimana pendapat halal mkanan walaupon terdapat dna babi kerana tlah berubah sifat asalnya?
Abu Tolhah Solahuddin, : boleh..asal di kuarintin beberapa hari dgn memakan yg suci.
dna ni kerja doktor yg pandai babnya..sy hanya kadar ni je..zohirnya ia ikan maka ikan lah bukan babi.
9. Al-Bakri Harith, : Dari Ibnu Abbas berkata; “Nabi ﷺ minum susu, lalu beliau minta diambilkan air seraya berkumur dengan air tersebut, setelah itu beliau bersabda: “Sesungguhnya pada susu itu ada lemaknya.”
Syaikh Abu Abdillah Al-Maqdisi menyebutkan bahwasannya disunnahkan berkumur sesudah minum susu. Ini dinyatakan di dalam kitab Ar-Ri’ayah. Karena Nabi ﷺ pernah berkumur dengan air sesudah minum susu. Beliau pernah bersabda, “Susu itu mengandung lemak.” Dan beliau pernah meminum susu yang dicampur dengan air. Keterangan ini tercantum di dalam kitabShahih Al-Bukhari dan Shahih Muslim.
10. Al-Bakri Harith,: Apa status hadis ini??
Abu Tolhah Solahuddin, : yg ni tanya lain kali...
No comments:
Post a Comment